CIkgu Ganti

Assalamualaikum.

Aku nak cerita pasal guru ganti. Cerita dia camni. Disebabkan aku nak try jadi cikgu ganti, aku pun gigih lah google apa semua. Pastu aku nampak entry cara nak mohon guru ganti. Cara orang tu dia download borang guru ganti hantar resume kebenda semua lepastu pos. Aku pun buat lah sebijik-sebjik apa yang dia ajar. Tunggu punya tunggu takde maklum balas. So aku chill jelah.

1 hari tu, makcik aku ni dia cikgu and kebetulan kat sekolah dia perlukan guru ganti. Dia suruh aku apply. Rupa-rupanya nak apply guru ganti ni kena pergi PPD isi borang. Bawa sekali gambar pasport, salinan Sijil ori SPM, ic photostat dengan salinan sijil convo. Kalau belum convo takleh. Diorang tak nak transcript. So kalau belum convo korang kena guna sijil SPM jelah. And gaji dia based on kelulusan kita. SPM RM54 Diploma/Stpm RM72 Degree RM100 sehari. Banyak kot RM100 sehari. Kerja dari pagi sampai pukul 2.40 je. Kalau exam lagi best. Jaga exam je.

Aku ni jenis yang sangat cepat give up kalau bab kerja ni. Pernah kerja 5 hari je jadi kerani akaun sebab tak tahan. Tapi cikgu ganti ni memang best. Kadang-kadang stress juga lah layan kerenah bebudak ni. Kadang-kadang pula best tengok gelagat diorang. Biasalah kan budak-budak. Oh ya aku ajar Sekolah Menengah kat Melaka ni. Dekat dengan rumah so memang senang. Hari-hari pergi dengan makcik aku jelah.

Jadi cikgu ganti ni best sebab tanggungjawab tak banyak macam cikgu biasa. Tapi aku adalah meringankan beban cikgu lain macam buatkan sijil-sijil, key in data or maklumat student, tolong diorang relief kelas. Biar lah usaha kita setimpal dengan gaji kita ye tak? Taknak lah dapat duit tak berkat. Lagipun aku jenis tak suka duduk dalam bilik guru. Aku lebih suka sentiasa ada kelas dari duk mereput je. Kadang-kadang kalau bosan sangat aku suka lepak library cari bahan untuk nak mengajar.

Aku suka buat kan diorang nota ringkas sebab dalam buku teks kadang-kadang macam complicated sikit nak faham. Aku bagi diorang gambar tampal dalam buku bagi diorang nampak. Aku memang suka buat kerja kelecah macam tu. Hahaha. Pastu kalau topik tu macam susah aku akan buat extra class. Tapi pada sape yang nak je. Aku tak paksa. Kalau diorang nak pandai paham-paham sendiri lah kan.

Oh ya, aku pun pernah lah tolong uruskan rumah sukan. Jaga masa untuk larian. Best kot. Banyak aku belajar benda baru kat sini. Serius seronok.

Student pula biasalah kan. Tapi aku layan diorang macam layan adik-adik aku je. Sebab adik aku yang last pun sekolah rendah lagi so ikatan tu lebih macam kakak dan adik. And ada je student Form 5 datang study rumah aku. Kadang-kadang kitorang keluar sesama. Diorang boleh jadi kawan.

Walaupun aku dah tak kerja kat situ lagi (doakan aku dapat cikgu ganti balik sementara nak tunggu panggilan degree) kitorang tetap contact each other. Kalau jumpa kat luar,diorang tegur panggil "cikgu". Serius rasa macam dihargai. Walaupun aku rasa aku tak layak nak digelar guru. Ececeh. Haha

 
Kebetulan cikgu yang ajar aku BM masa SPM dulu pindah sekolah ni. Kuat betul jodoh kita.


 Ni Form 1. Pernah ajar diorang BI dengan Science


Ni Form 2. Ajar Science, Pendidikan Seni dengan PJK


Ni Form 2 kelas lain. Ajar Science, Pendidikan Seni, BI


 Ni Form 5. Ajar Math dengan PJK


Ni Form 2 kelas lain lagi. Ajar PJK dengan Sivik kot. Aku tak ingat. Hahaha


 Ni Form 3. Aku tak ingat pernah ajar ke tak. Yang aku ingat masa ni aku relief kelas.


 Ni Form 3 sama kelas kat atas tu


 Ni Form 4. Ajar Math.


Ni Form 5. Sama macam yang atas tu


Ni last day sekolah. Menangis tau. Biasalah last day sekolah berapa kerat je yang datang.

Oh ya aku jadi cikgu ganti dekat sekolah yang sama 3 kali sebab mungkin pihak sekolah dah selesa dengan cara aku so kalau perlukan cikgu ganti PPD akan msg aku. Jadi jangan pelik kenapa aku ajar banyak subjek and banyak kelas. Setiap kali ada cikgu cuti panjang aku akan gantikan. And yes ramai je cikgu ganti yang lain lagi.

Aku pernah ajar berbelas kelas and subjek yang pernah ajar Sc, BI, PS, PJK, Sivik, Math (Math ni masa aku kena ajar diorang tengah exam akhir so aku tak ngajar sangat)

Last, gambar-gambar tu semua aku tangkap bukan masa mengajar. Aku tangkap masa dah hujung persekolahan and budak-budak dah habis exam atau masa aku tengah relief kelas. Takut nanti orang cakap cikgu nak mengajar ke nak selfie kan. Hehehe

Okay bye.



No comments:

Post a Comment